9.5.10

27: berikan aku satu nama


berikan aku satu nama;

yang bisa kau ingat,
bila-bila masa untuk kau tidak lupa.

yang bisa kau lihat,
walau di depanmu aku tiada.

yang bisa kau sebut,
sebagai tanda aku mati namun bernyawa.


berikan aku satu nama;
kerana aku mahu kau punya cinta.

1 comment:

Jetsetters Clothing said...

aku beri kau nama perempuan.

perempuan yang mahu cinta dari aku.

perempuan yang akan terus bernafas, hidup, mekar dan merdeka walau hayat dikandung tanah

perempuan yang pada tiap bangun tidur aku, hanya kamu yang aku ingat

perempuan yang aku dapat lihat, bukan saja pada luarnya, tapi pada dasar hatinya,
melihat kau bukan sahaja pada depan mata, tapi pada setiap masa.

aku beri kau nama perempuan.

kerana lelaki di sini
juga mahu yang sama.