9.5.10

26: cuma satu jiwa yang tidak punya

kerana mungkin aku ini mukanya biasa, bukan persis dewi angkasa. atau mungkin juga musabab jelasnya, nama aku tidak dilambung setinggi-tinggi di udara. mungkin jua kerana figura aku tidak terlihat dimana lekuk dan giurnya.

aku bukan letaknya dimata jernih itu untuk seterusnya ditempatkan dijiwa manis kamu. tiap detik yang aku tunggu dan aku lalu untuk sampai ke waktu yang tadi itu, aku kira butir demi butir ia. pada ketikanya terkelibat kamu dimata aku, bergelojak rasa meronta-ronta.

untuk tiap detik masa aku itu, aku kutip bersama sisa-sisa luka dengan rembes airmata kerana tiada apa yang bisa aku letak sebagai gunung kembara yang berjaya, dengan setiap siap sedia dan tanpa putus asa, menghitung saat demi saat ke waktu ketemu kamu.

dan untuk semua itu, kamu sengaja. sengaja kamu yang buat aku termangu, aku ini cuma satu jiwa yang tidak punya, apa jua.

No comments: