8.11.10

70: menara

bercerita seorang manusia;

tentang sebuah menara yang ditinggal lama.
yang disumpah tidak akan pernah dijenguk semula.

di menara itu tersimpan luka,
yang suatu masa dahulu dianggap kisah terpaling istimewa.
di sana dia pernah menyanyi, di sana dia pernah menari.
dengan warna-warni hujan pelangi,
bersama awan bercorak hati.

tiba masa dia mengangkat jejaknya meninggalkan menara.
dengan sebuah amarah di puncaknya.

"kau tidak akan pernah aku jenguk semula. engkau menjulang aku ke langit luas, dengan elusan angin mendamaikan nafas. lalu dengan kuasa tinggimu juga aku kau hempas, jatuh bukan sekadar di ruang menaramu, tetapi di kakimu terpaling bawah, terpaling jijik."

bercerita lagi manusia;

tentang sebuah menara baru yang disinggahinya.
namun di atas lapang menara itu manusia meludah,
lalu pergi.

"kalau dasarnya menara, sama sahaja. cuma harus dirobohkan dan dimampuskan. jangan dibelas jangan dikasihan."

maka robohkan, maka mampuskan.

amarahnya terbalas.
cuma bukan pada menara yang sama.

2 comments:

afdhalluddin said...

sori kalo mengganggu anda amik sastera ke???
gaya bahasa anda amat mendalam....
=)

N.I said...

tak.
belajar sampai SPM je. eceh.

terima kasih.
:)