25.8.10

50: dilema

kita berjalan, bersama.
walaupun tujuan kita ada yang tidak serupa.

aku jatuh, kau hulur tangan.
kau jatuh, aku hulur tangan.

tetapi aku harus bagaimana jika
setiap kali aku teman kau bangun dari jatuh
mahu bersama melangkah ke depan,
kau berkeras mahu pulang ke belakang.

dan, setiap kali.

cerita sama aku bagaimana,
kerana aku mana mungkin senyum melihat kau parah.

kau saudara bagi aku.

1 comment:

... said...

stiap kita pahitnya beda kan?