angin-angin mendesir itu,
bawa aku ke daerah mana,
yang aku rasa perlu ada,
nikmat aku untuk gembira.
kerana apa yang kita rasa susahnya,
tak semesti sama dengan apa yang lain rasa sengsaranya.
dunia, tuhan cipta satu, sama.
namun isinya beda.
dan kita, setiap satunya,
terus bernyawa. selagi ada.
2 comments:
Ingin Mengenali awak, siapa awak?=)
susun kata yang cukup memukau.
terima kasih banyak Achilles.
diksi biasa-biasa saja. :)
Post a Comment