Cinta ada untuk mereka yang percaya.
Tetapi kadang-kadang,
Cinta juga ada untuk mereka yang tidak percaya.
Saya pilih untuk percaya.
tentang pelangi dan awan gemawan
Peri Puisi
Antara Bintang dan Mentari
16.11.13
3.5.13
97: belajar
Kita mungkin adalah pelangi warna bagi orang lain,
tetapi kita juga mungkin ribut bencana bagi orang lain yang lain.
Untuk jadi nilai bahagia bagi setiap nyawa itu mustahil dalam dunia.
Kita tidak mungkin dapat semua.
Dalam 10, paling kuat cuma 5 yang cinta kita sayang kita.
Lagi 5 samada tidak kenal kita, atau kenal tetapi tidak suka.
Belajarlah redha dan sayang yang di depan mata, jangan risau mengambil hati yang tidak memandang, yang tidak menghirau.
96: Sembunyi
Cerita cinta kamu,
kamu sembunyi untuk privasi
Atau
kamu sembunyi untuk pasang satu lagi?
28.11.11
95: ghaib wujud
Dia adalah-
yang ghaib di dalam wujud,
yang wujud di dalam ghaib.
Seperti angin yang menghembus,
hembusannya ada
penghembusnya mana?
Terkaku dia ketika berlari,
terdiam dia di dalam suara,
teresak dia di galak bergelak.
Dia ada hatinya, tetapi tiada hati untuk hatinya.
30.7.11
94: luka celaka
Hati ini yang sering mengelak luka.
Hati ini yang sering mengundang celaka.
Hati ini yang sering mengelak luka, terus mengundang celaka.
Hati, maafkan yang ini.
1.7.11
93
8 pagi, aku jatuh cinta lagi.
dengan roti, dengan kopi.
cerita indah malam tadi,
kita jumpa dalam mimpi.
8 pagi, aku jatuh cinta lagi!
*tajuk komik.
22.6.11
92: timbang-tara
jika mahu dibanding rupa mereka,
anak kecil juga tahu yang mana jelik yang mana jelita.
jika mahu disetarafkan segak bergaya,
tak perlu ditenung lama
sekilas pandang sudah tahu siapa juara.
jika mahu diukur tegap tinggi diantara yang berdua,
jangan ditanya jawapan atau angka
pemenangnya tegak siap sedia.
jika diselam dua hati berbeza itu pula,
yang mana ada cinta, adalah cinta.
12.4.11
91
sejak dulu bagi kau cinta aku adalah dosa.
sampai sekarang kalau ada lagi sisanya, bagi kau tetap puaka.
cuma kalau ada lagi sisanya.
23.3.11
17.2.11
89: punggok
kelmarin,
ada yang datang bawa cerita.
katanya dia mahu membaca untuk aku di telinga.
katanya dia mahu aku terbobok diribanya.
aku kata jangan dulu.
bukan aku jual mahal, cuma aku masih tak mampu.
* dua tiga minggu ini aku di asak dengan gelaran jual mahal, berlagak. aku tanya satu satu kamu, apa aku ini untuk menentu hati sendiri, aku tidak punya hak?
18.12.10
88: bertuahnya dia
aku takut kau tidak cintakan aku.
lebih takut lagi
bila kau cintakan perempuan lain.
macam sekarang.
12.12.10
87: perempuan
kerana kita perempuan, sayang.
yang dilahirkan dari rahimnya perempuan.
ada jiwa mulus, ada sopan.
ada akal budi, ada ketertiban.
kerana kita perempuan, sayang.
seperti ibu aku, ibu kamu. punya hati keibuan.
jangan dilempar dari bibirmu caci makian,
jangan benarkan peluang yang lain memberi kejian.
kerana kita perempuan, sayang.
terlalu banyak yang perlukan penjagaan,
teramat rumit berada di pandangan.
apa sangat makna keadilan,
jika kau belum mahu memaknakan ketakwaan?
perempuan, sayang-
marilah kita pulang ke jalan Tuhan.
86: mungkin bukan buta, cuma rabun silau.
kalau cinta kita buta,
pelangi petang tadi itu apa?
aku nampak jingganya sewaktu
kau cuba mengarahkan hijaumu.
kalau cinta kita buta,
tasik biru tadi itu apa?
aku nampak bayang-bayang hitam di
kala geloranya menusuk jasadmu.
10.12.10
85: belum
kau belum kehilangan aku, sayang.
kau tanya kenapa?
punya aku juga belum,
apa yang kau bilang hilangnya?
Subscribe to:
Posts (Atom)