11.11.10

72: mengimpi tasik berbau syurga di kaki pelangi

kali pertama,
kali kedua
dan
kali ketiga.

aku tahu kau ada,
aku rasa kau ada.

waktu itu debar aku kencang,
mata jangan langsung bertentang.

walau aku mahu rasa suara kau,
walau aku mahu tatap anak mata bundar kau.

dalam basah kuyup hujan dan panas terik matahari
sambil mendongak langit dengan berani
aku bertanya;

kenapa Tuhan lambat munculkan kau?
atau
kenapa Tuhan munculkan kau terlalu awal?

untuk kita, yang masih umur biasa-biasa.
untuk kita, yang tidak ada sedia.

tarik tangan aku, genggam denganmu.
tarik hati aku, pegangkan bersamamu.

tidak pernah aku minta hadir kau,
tidak pernah aku duga hilang kau.

kepada aku, daripada aku.

kita diminta jangan bermula,
kita diberitahu jangan mencuba.

cuma simpan semuanya, menjadi lagu dan melodi.
untuk didansakan sendiri, sama-sama sendiri.

kerana kita belum lagi.
belum semuanya.
belum siap,
belum mahu,
belum tahu,
belum pasti.

walaupun mungkin ada, kau menafi.
aku turut menidakkan hati sendiri.

mujur Tuhan ajar kau cakap tidak.
biar hati tidak terbuka untuk hubungan rumi juli.
biar terusan hubungan 'kau aku' sahaja begini.
biar terus diam cinta aku dalam hati.

mujur Tuhan ajar aku cakap tak apa.
biar tidak marah.
biar tidak kecewa.
biar tidak merana.

berbanding kalau jiwa kau terus mati?
jangan mati, untuk aku, jangan mati.

aku simpan satu bintang yang kau petik di langit
menjadi hadiah untuk aku malam lalu,
dan janji akan bawa menjadi bukti ke kaki pelangi nanti bila kita bertemu.

aku simpan juga serba-sedikit pengharapan dari kau;
untuk bersama,
untuk sentiasa ada,
untuk mencuba,
untuk melonggarkan ketat hati dan jiwa.

mungkin ada tasik berbau syurga di kaki pelangi.
harapan selalu berbentuk doa, dari aku di sini.

2 comments:

Muhammad Amirul Baharti said...

biarkan.. "aku adalah aku, kau adalah kau"..
mengerti akan hijab kekasih bakal terbuka..

aduh.. cantik pelangi.. semoga berjaya.. ;)

N.I said...

:)

terima kasih am.