bila kita tiada sangka untuk berjumpa,
kita akan pandang ke sisi dunia lain,
mencari yang bukan kita ingin.
tiada usaha meniup ke arah sama,
kerana kita rasa masing-masing jiwanya tidak serupa.
melebar satu demi satu sayap cinta,
yang kadangnya tidak diterima oleh yang benar.
kita rasa harapan itu mati.
kita rasa tidak mungkin apa jua pun,
yang mungkin kita milik berdua.
aku terima dia yang sini,
kau terima dia yang sana.
tetapi pada hujungnya,
bila kita tiada sangka untuk berjumpa,
tetapi berjumpa,
berkata tidak lagi, untuk apa?
No comments:
Post a Comment