aku terduduk,
merenung setiap cebis-cebis
harapan yang kau benihkan,
harapan yang aku simpankan.
ceritalah,
ini semua apa?
ceritalah,
ini semua bagaimana?
aku singkap tirai itu,
lalu pipi yang dulu kau elus lembut ini
aku kesat.
kalau ini yang kau cerita dulu setianya
kalau ini yang kau cerita dulu cintanya
kalau ini yang kau cerita dulu indahnya
nafilah segala.
kerana
yang ada pada aku kini cuma
harapan yang kau benihkan, dan
harapan yang aku simpankan.
1 comment:
absolutely like this! :)
Post a Comment