11.1.10

8: Bersilat cinta

malam tadi aku nampak kamu buka langkah

dengan tangan tersilat, atau memikat?

tapi yang pasti aku terikat dengan hayun laju kakimu.

malam tadi juga masa kamu mengelak tumbuk siku rakan seperjuangan

aku tau yang kamu tau aku sedang menatap

melihat sambil memikir yang kamu kuat

hebat, mantap di tengah gelanggangmu itu.

kamu buka langkah silatmu itu,

dan kamu ajukan aku untuk bertarung.

mana bisa?

aku kurang arif ilmu persilatan sepertimu.

aku cuma mahir perkara cinta, yang boleh aku bawa,

dari hati aku ke hati kamu.

atau mungkin ke hati aku sahaja.

dan kamu, mungkin di hati kamu sahaja.

andai aku diajak bertukar hayunan kaki,

berbalas serangan, aku katakan,

bukan di gelanggang silat kamu itu.

tetapi, bersilat cinta di gelanggang hati aku.

kamu, bisa?

2 comments:

Hati Bangkai said...

~ajarkan aku silat dalam cinta..aku jahil..
:)

N.I said...

kau kena tahu serangan pihak lawan.
silap tepis nanti, hati kau yang dia kepak-kepak.
:)