11.1.10

6: Andai setia itu ada

andai ada setia itu,

dia tidak mungkin memekik
melolong mahu di tolong

kau tak mungkin di sana, di sini
dengan curang kau terkendong-kendong

tubir mataku mungkin tak cela
dengan air rayu jiwa
lihat kau pergi bersahaja

andai ada setia itu,

pasti segala lancar sempurna

kau tak perlu datang
kata kau cinta suka
bahwa kau mahu aku juga juga

aku tak perlu jerih mikir
aku mahu yang mana yang bagaimana
merasa memilih itu azab dunia

dia usah risau jika ada
yang menjenguk kala hari senja
takut tertangkap hati terbelah dua

andai setia itu ada,

satu jiwa luluh dapat di sembuh
dua hati mesra dapat di paut
cerca hina biar layang menjauh.


tapi
andai ada juga setia itu,

hati polos suci kurang terbela
kurang tafsir di tipu bila-bila

cinta bergunung bermaharaja
hingga yang busuk ditelan belaka.

maka untuk apa?

No comments: