yang letak kau di sudut hati
yang tepuk jiwa dan naluri sendiri.
Jadi aku tau waktu ini kau pergi
kau kata kau ingin ruang sepi
kau kata kau mahu cari diri yang mati.
Jadi kali ini kau letak aku batu-batu jauh
sedangkan dua tiga detik tadi
kau sanjung aku bagai peri.
Aku mahu kau ada
seperti waktu ketika kau ada.
Namun bila hati kau tak bertepuk,
aku sendiri jatuh terjelepok.
No comments:
Post a Comment